Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan al Mubarak & Selamat Berpuasa !





Assalamu'alaikum wbt.

Sempena Bulan Ramadhan 1431 ini, warga sekolah SK Seri Padang Sari mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin muslimat mukminin muknimat. Semoga kita beroleh kemenangan dan keredhaan ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa gembira dan sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan.

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan).

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.

6) Perbanyak membaca, mendengar dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan ALLAH dan perbanyakkan bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan.

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi ALLAH SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/8244765/PUASA

Tuesday, July 27, 2010

Bengkel Pembinaan Blog Rasmi Sekolah-sekolah daerah Batu Pahat

Bengkel tersebut dijalankan pada 27 Julai di SK Peserai. Guru ICT, En. Mohd Khairul Azian bin Mahbob telah menyertai bengkel tersebut. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang diterima sepanjang bengkel berlangsung dapat dimanfaatkan untuk seluruh warga SK Seri Padang Sari.

Wednesday, April 14, 2010

Ujian PERMATApintar UKM


Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://www.permatapintar.edu.my/ Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.


Untuk tahun 2010, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Mac 2010 dan berakhir 31 Mei 2010. Semua pelajar Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun layak menduduki ujian ini. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

Baca lebih lanjut di http://www.permatapintar.edu.my/


Muat Turun Manual UKM 1; PDF format 431Kb Klik di sini.

Monday, March 29, 2010

Kemudahan ICT di Sekolah.

Kemudahan ICT.

1. Pusat Akses
2. Makmal Perkomputeran
3. Capaian SchoolNet
4. TV Pendidikan
5. Perisian Kursus
6. Peralatan PPSMI

Kejohanan MPZ Semerah 2010

Wednesday, March 17, 2010

Penyenggaran Berkala Sesi 1 bagi Peralatan ICT Bermula.


Penyenggaraan berkala melibatkan peralatan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)dilakukan supaya perkhidmatan pendidikan di sekolah berjalan dengan sempurna dan lancar. Penyelenggaran yang dibuat melibatkan kerja-kerja mengemaskini, penyemakan, dan membersih serta merekod terhadap perkakas/komponen mahupun perisian ICT. Sekiranya terdapat kerosakan atau perlunya naik taraf sesuatu perkakas, satu rekod serta penyataan akan dibuat dan tindakan susulan akan dilakukan. InsyaALLAH.

Antara kategori yang terlibat:

1. Pusat Akses Sekolah
2. Makmal Komputer
3. Pra Sekolah
4. Pusat Sumber
5. Bangunan Sekolah

Monday, February 8, 2010

Penyenggaraan Penyaman Udara No. 2

Penyaman Udara No.2 di Makmal Komputer telah diselenggara seperti yang dijadualkan bagi menjadikan ruang legar makmal sentiasa dalam keadaan selesa. Selain juga salah satu cara menjadikan perkakas berfungsi dengan baik. Satu PPM telah dilakukan oleh syarikat kontrator yang dilantik untuk melakukan tugas tersebut. Kerjasama yang erat antara sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat dihargai.

Penerimaan Astro Kampus

Awal tahun 2010, sekolah telah menerima satu dana untuk pendidikan bagi kemajuan negara terutamanya di dalam pembelajaran murid-murid. Ianya disambut baik dan mendapat tempat dikalangan murid-murid sekolah.
Terdapat 13 siaran yang dibekalkan:
1. 101 - TV1.
2. 102 - TV2.
3. 325 - Xiao Tai Yang.
4. 501 - Astro Awani.
5. 502 - Helo Malaysia.
6. 551 Discovery Channel.
7. 552 - TVIQ.
8. 553 - National Geographic Channel.
9. 554 - Discovey Channel.
10. 555 - History.
11. 556 - Animal Planet.
12. 611 - Astro Ceria.
13. 615 - Disney Channel.
Siaran pembelajaran ini mendedahkan murid-murid kepada dunia yang agak asing bagi mereka, iaitu ilmu yang diperolehi dan didedahkan melalui rancangan seperti Discovery Channel, Animal Planet ternyata membuka minda dan sosial murid-murid. Siaran ini disiarkan diruang Kantin dan juga Pusat Sumber. Dan akan diperluaskan ke Pusat Pra Sekolah.


Di masa akan datang, berkemungkinan terdapat rancangan bagi menaik taraf Astro Kampus di sekolah ini iaitu menjadikan tayangan langsung melalui "video streaming" di setiap komputer dan juga boleh didapati pada perkhidmatan WiFi.

Kejohanan Olahraga & Balapan 2010

Pada hari Sabtu, 6 Febuari 2010, Kejohanan Olahraga & Balapan untuk tahun 2010 berlangsung dengan meriah. Ia bermula mulai jam 8.00 pagi dengan para pegawai dan jemputan mengambil tempat. Acara-acara kejohanan bermula jam 8.30 pagi. Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan ibubapa yang hadir yang sama memeriahkan lagi kejohanan ini.

Sukaneka Post 2