Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan al Mubarak & Selamat Berpuasa !





Assalamu'alaikum wbt.

Sempena Bulan Ramadhan 1431 ini, warga sekolah SK Seri Padang Sari mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin muslimat mukminin muknimat. Semoga kita beroleh kemenangan dan keredhaan ALLAH SWT di dunia dan akhirat.

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa gembira dan sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan.

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubungan.

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri, dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk menjalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan).

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.

6) Perbanyak membaca, mendengar dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala.

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan ALLAH dan perbanyakkan bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan.

10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi ALLAH SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.

Dipetik dari http://www.scribd.com/doc/8244765/PUASA

Tuesday, July 27, 2010

Bengkel Pembinaan Blog Rasmi Sekolah-sekolah daerah Batu Pahat

Bengkel tersebut dijalankan pada 27 Julai di SK Peserai. Guru ICT, En. Mohd Khairul Azian bin Mahbob telah menyertai bengkel tersebut. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang diterima sepanjang bengkel berlangsung dapat dimanfaatkan untuk seluruh warga SK Seri Padang Sari.

Wednesday, April 14, 2010

Ujian PERMATApintar UKM


Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://www.permatapintar.edu.my/ Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.


Untuk tahun 2010, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Mac 2010 dan berakhir 31 Mei 2010. Semua pelajar Malaysia berusia 8 hingga 15 tahun layak menduduki ujian ini. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

Baca lebih lanjut di http://www.permatapintar.edu.my/


Muat Turun Manual UKM 1; PDF format 431Kb Klik di sini.
free counters