Monday, February 8, 2010

Penyenggaraan Penyaman Udara No. 2

Penyaman Udara No.2 di Makmal Komputer telah diselenggara seperti yang dijadualkan bagi menjadikan ruang legar makmal sentiasa dalam keadaan selesa. Selain juga salah satu cara menjadikan perkakas berfungsi dengan baik. Satu PPM telah dilakukan oleh syarikat kontrator yang dilantik untuk melakukan tugas tersebut. Kerjasama yang erat antara sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat dihargai.

Penerimaan Astro Kampus

Awal tahun 2010, sekolah telah menerima satu dana untuk pendidikan bagi kemajuan negara terutamanya di dalam pembelajaran murid-murid. Ianya disambut baik dan mendapat tempat dikalangan murid-murid sekolah.
Terdapat 13 siaran yang dibekalkan:
1. 101 - TV1.
2. 102 - TV2.
3. 325 - Xiao Tai Yang.
4. 501 - Astro Awani.
5. 502 - Helo Malaysia.
6. 551 Discovery Channel.
7. 552 - TVIQ.
8. 553 - National Geographic Channel.
9. 554 - Discovey Channel.
10. 555 - History.
11. 556 - Animal Planet.
12. 611 - Astro Ceria.
13. 615 - Disney Channel.
Siaran pembelajaran ini mendedahkan murid-murid kepada dunia yang agak asing bagi mereka, iaitu ilmu yang diperolehi dan didedahkan melalui rancangan seperti Discovery Channel, Animal Planet ternyata membuka minda dan sosial murid-murid. Siaran ini disiarkan diruang Kantin dan juga Pusat Sumber. Dan akan diperluaskan ke Pusat Pra Sekolah.


Di masa akan datang, berkemungkinan terdapat rancangan bagi menaik taraf Astro Kampus di sekolah ini iaitu menjadikan tayangan langsung melalui "video streaming" di setiap komputer dan juga boleh didapati pada perkhidmatan WiFi.

Kejohanan Olahraga & Balapan 2010

Pada hari Sabtu, 6 Febuari 2010, Kejohanan Olahraga & Balapan untuk tahun 2010 berlangsung dengan meriah. Ia bermula mulai jam 8.00 pagi dengan para pegawai dan jemputan mengambil tempat. Acara-acara kejohanan bermula jam 8.30 pagi. Terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan ibubapa yang hadir yang sama memeriahkan lagi kejohanan ini.

Sukaneka Post 2