Monday, February 8, 2010

Penerimaan Astro Kampus

Awal tahun 2010, sekolah telah menerima satu dana untuk pendidikan bagi kemajuan negara terutamanya di dalam pembelajaran murid-murid. Ianya disambut baik dan mendapat tempat dikalangan murid-murid sekolah.
Terdapat 13 siaran yang dibekalkan:
1. 101 - TV1.
2. 102 - TV2.
3. 325 - Xiao Tai Yang.
4. 501 - Astro Awani.
5. 502 - Helo Malaysia.
6. 551 Discovery Channel.
7. 552 - TVIQ.
8. 553 - National Geographic Channel.
9. 554 - Discovey Channel.
10. 555 - History.
11. 556 - Animal Planet.
12. 611 - Astro Ceria.
13. 615 - Disney Channel.
Siaran pembelajaran ini mendedahkan murid-murid kepada dunia yang agak asing bagi mereka, iaitu ilmu yang diperolehi dan didedahkan melalui rancangan seperti Discovery Channel, Animal Planet ternyata membuka minda dan sosial murid-murid. Siaran ini disiarkan diruang Kantin dan juga Pusat Sumber. Dan akan diperluaskan ke Pusat Pra Sekolah.


Di masa akan datang, berkemungkinan terdapat rancangan bagi menaik taraf Astro Kampus di sekolah ini iaitu menjadikan tayangan langsung melalui "video streaming" di setiap komputer dan juga boleh didapati pada perkhidmatan WiFi.

No comments:

free counters